About Me

My photo
klang..
LOW PROFILE :)

Followers

tabung belanja sekolah..click plzz...

Wednesday, December 31, 2008

AZAM 2008 YANG BELOM TERCAPAI..

1.nak kuruskan badan

-macam mane nak kurus,kalo asyik2 lapa jew,adoi..akan aku usaha sekurang2 nye turun 5 kg pada tahun 2009.

2.tumpu n fokus 101% dlm kelas

- sem 2 ni aku banyak main dlm kelas,hehe..lecture mengajar kat sepan kteorg mengajar plak kat blkg..adoi..tahun 2009 ni aku harap dapat kekalkan 3 pointer ke atas.

3.x melengah2kan solat

-suke melambat2kan solat.semoga aku dapat perbaiki dan banyak muhasabah diri lg.

4.menjadi seorng manusia yg lebih bersbar

-ni je stu2 perangai yg x dpt ku ubah..ble nak ubah pon x tau la...

5.aku nak jmpe balik mbr2 lama aku..

-aku rindu kat korang weyh..harap2 x terlambat la nak jmpe korang ek..

6.sem 3 & 4 aku nak dptkan akj

-harap2 semangat aku ni x sehangat2 taik ayam..lalalala

happy new year!!

zwani.com myspace graphic comments
Myspace New Years Comments


Tahun 2008 akan melabuhkan tirai x lama lagi,banyak suka duka,pahit manis aku lalui sepanjang tahun 2008.semua itu menjadikan aku lebih kuat dan tabah dalam menjalani hidup sebagai khlifah di muka bumi ini.aku harap dengan kedatangan tahun baru ni aku dapat meningkatkan lagi pe2 yg kurang pada tahun2 lps dan akan meneruskan azam2 aku yang x kesampaian pada tahun 2008.doakan aku dapat menjalani praktikal dgn sempurna dan dapat menamatkan pengajian pd akhir 2009..insyallah..lastly selamat menyambut maal hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009....good bye 2008!!

dapat bear..yuhuuu....


hehe..arini aku x tau nak citer sal ape..huhu..aku juz nak bagitau yg aku dpt bear,,haha..
aku telah mengepau senior aku..terima kasih senior..lalala..
ni la rupe bear 2..suke2!

Friday, December 26, 2008

MUSLIMAH


Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” - (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” - (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” - (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwasanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya.

Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: “…perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” - (Surah an-Nisa: 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” - (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” - (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” - (Riwayat Al-Tausi)

Wednesday, December 24, 2008

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Monday, December 22, 2008

MENCARI KAWAN SEJATI

Tanya saja kepada anak remaja hari ini, "adakah anda memiliki seorang kawan? " Tentunya ramai yang menjawab: "Ya... saya punya banyak kawan."
Pada hakikatnya, hampir semua manusia memiliki kawan, bahkan seorang pengganas yang kejam pun memiliki ribuan kawan yang membantunya menjalankan misi kejinya.


Akan tetapi apakah kawan anda yang selalu mengekori anda kemana jua anda pergi merupakan kawan sejati anda? apakah mereka yang selalu menemani anda menonton filem, jenis yang suka dikala suka dan duka dikala duka? Atau rata-rata hanya mahu suka-suka saja?
Kawan sejati merupakan seseorang yang memahami perasaan kawannya terutama apabila dilanda rasa duka.


Saya yakin diantara ribuan kawan yang anda miliki didalam lautan persahabatan, hanya sedikit saja diantara mereka yang memahami perasaan gunda anda. Apa lagi yang masih duduk disamping anda, menemani anda, ketika airmata anda menitis. Sesungguhnya, sukar bagi manusia untuk memahami perasaan orang lain, kecuali dia mengenali diri.


Kawan sejati juga merupakan seseorang yang masih ada apabila semua kawan anda tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata. Memang sukar mencari kawan sejati diantara ramai yang selalu menemani anda bermain-main kejar2an dipadang dan sebagainya.


Namun ketika bola yang anda campakkan meluru memecahkan jendela kaca rumah tetangga , kiralah berapa banyakkah anak-anak yang turut menemani anda ketika anda dimarahi dan ikut menyokong (mendokong) anda menggantikan jendela kaca yang telah pecah itu?


Sesungguhnya mereka yang tersisihlah yang merupakan kawan anda yang sejati. Adakah mereka yang selalu akur dengan anda dan selalu sejalan dengan pandangan anda ialah kawan sejati anda?


Seorang penulis, dalam bukunya pernah berkata: "Saya tidak perlu seorang kawan yang berubah ketika saya berubah dan mengangguk ketika saya mengganguk, karna sesungguhnya bayangan saya lebih mahir melakukannya."


Seorang kawan yang sejati bukanlah seseorang yang selalu bersetuju dan sejalan dengan anda tetapi seseorang yang selalu bersetuju dan sejalan dengan anda tetapi seseorang yang selalu memberi nasihat dan kritikan kepada anda apabila diperlukan.


Namun demikian, janganlah dia terus menekan anda dan membuat anda jadi binggung....Apabila anda memiliki seorang kawan sejati, berusaha untuk menjadi kawan sejatinya jua. Perlakukan dia dengan baik, sebagaimana dia memperlakukan anda dengan sebaik-baiknya.


Mencari kawan sejati sukar daripada mencari setitis air dipadang pasir.maka, penting bagi kita untuk mengeratkan tali persahabatan kita dengannya demi mewujudkan persahabatan yang abadi .


Jangan memperbesarkan perkara yang kecil. Lupakan sahaja bak angin lalu. Ingat selalu kebaikkan-kebaikkan yang telah dia berikan, seperti mengingat dimana anda menyimpan wang. Namun lupakan kebaikkan-kebaikkan yang pernah anda berikan kepadanya.


Oleh itu cari kawan sejati kerana kawan sejati melahirkan persahabatan yang abadi. Dan persahabatan abadi sesungguhnya merupakan erti persahabatan yang sebenar...
jangan MENGELUH!!

KITA SELALU BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12



Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................


Tasykil :
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " (Muhammad:7)

Tuesday, December 16, 2008

~RAHSIA BULAN KELAHIRAN~

RAHSIA BULAN ANDA DILAHIRKAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN
DATO' FADZILLAH KAMSAH

JANUARI
• bercita-cita tinggi dan orangnya serius • suka mendidik dan dididik • sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik • rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan • suka smart, kemas dan teratur • bersifat sensitif , berfikiran mendalam • pandai mengambil hati org lain • pendiam kecuali telah dirangsang • agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi • mudah mendisiplinkan diri sendiri • badannya sihat tetapi mudah diserang selsema • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya • cukup sayang pd kanak-kanak • suka duduk rumah • setia pada segala-galanya • perlu belajar kemahiran sosial • cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
• berfikiran abstrak • sukakan benda yang reality dan abstrak • inteligent, bijak dan genius • berpesonality yg mudah berubah • mudah menawan org lain • agak pendiam. Pemalu dan rendah diri • jujur dan setia pd segalanya • keras hati untuk mencapai matlamat • tidak suka dikongkong • mudah memberontak apabila dikongkong • suka kegiatan yg lasak • emosinya mudah terluka dan sgt sensitif • mudah mempamirkan marahnya • tidak suka benda yg remeh-temeh • suka berkawan tapi kurang mempamerkannya • sangat berani dan suka memberontak • bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya • pemerhatian yg tajam • suka hiburan dan sukan • suka benda yg bersifat seni • sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran • berkecenderungan pd benda yg tahyul • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros • belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
• berpesonaliti yg menarik dan menawan • mudah didampingi • sgt pemalu dan pemendam rasa • sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati • sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran • suka pada kedamaian • sgt peka kepada orang lain • sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain • tidak cepat marah dan sangat amanah • tahu balas budi dan tahu kenang budi • pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam • kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal • suka berangan-angan • suka melancong • sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi • kelam kabut dalam memilih pasangan • suka dgn hiasan rumahtangga • punya bakat seni dalalm bidang muzik • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik • jgn terlalu moody.

APRIL
• sgt aktif dan dinamik • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal • sgt menarik dan pandai manjakan diri • punya daya mental yg sangat kuat • suka diberi perhatian • sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org • sgt berani dan tiada perasaan takut • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah • emosi cepat terusik • try control the emotion • kecenderungan bersifat dendam • agresif, kelam kabut utk membuat keputusan • kuat daya ingatan • gerak hati yg sangat kuat • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain • berpenyakit disekitar kepala dan dada • sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
• kekerasan hati & degil • kuat semangat & bermotivasi tinggi • pemikiran yg tajam • mudah marah apabila tidak dikawal • pandai menarik hati org lain & menarik perhatian • perasaan yg amat mendalam • cantik dr segi mental & fizikal • tidak perlu dimotivasikan • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain • mudah dipujuk • bersikap sistematik (otak kiri) • suka berangan • kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu • bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit • daya khayalan yg tinggi • permikiran yg tajam • pandai berdebat • fizikal yg baik • kelemahan sistem pernafasan • suka sastera,seni & muzik serta melancong> • tidak berapa suka duduk dirumah • tidak boleh duduk diam • tidak punya ramai anak • rajin dan bersemangat tinggi • agak boros

JUN
• berfikiran jauh & berwawasan • mudah ditawan krn sikap baik • berperangai yg lemah lembut • mudah berubah sikap,perangaiidea @mood • idea yg terlalu banyak dikepala • bersikap sensitif • otaknya aktif (sentiasa berfikir) • sukar melakukan sesuatu dgn segera • bersikap suka menangguh-nangguh • bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik • cepat marah & cepat sejuk • suka bercakap & berdebat • suka buat lawak & bergurau • otaknya cerdas berangan-angan • mudah berkawan & pandai berkawan • org yg sangat tertib • pandai mempamerkan sikap • mudah kecil hati • mudah kena selsema • suka berkemas • cepat rasa bosan • sikap terlalu memilih & cerewet • kurang mempamerkan perasaan • lambat nak sembuh apabila terluka hati • suka kepada barang yang berjenama • mudah menjadi eksekutif • kedegilan yg tidak terkawal • sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
• Sangat seronok didamping • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki • Agak pendiam kecuali diransang • Ada harga dan maruah diri • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan • Mudah dipujuk dan bercakap lurus • Sangat menjaga hati orang lain • Sangat peramah • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya • Berjiwa sentimental • jarang berdendam • mudah memaafkan tapi sukar melupakan • tidak suka benda remeh-temeh • membimbing cara fizikal dan mental • sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang • layanan yg serupa dgn semua orang • tinggi daya simpati • pemerhatian yg tajam • suka menilai org lain dgn pemerhatian • mudah dan rajin belajar • suka muhasabah diri • suka megenangkan peristiwa atau kawam lama • suka mendiamkan diri • suka duduk dirumah • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan • tak agresif kecuali terpaksa • lemah dari segi kesihatan perut • mudah gemuk kawal tak kawal diet • minta disayangi • mudah terluka hati tapi lambat pulih • terlalu mengambil berat • rajin dalam membuat kerja

OGOS
• suka berlawak • mudah tertawan kepadanya • sopan santun dan caring terhadap org lain • berani dan tidak tahu takut • orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan • pandai pujuk org lain • terlalu pemurah & bersikap ego • nilai harga diri yg sangat tinggi • dahagakan pujian • semangat juang yg luar biasa • cepat marah & mudah mengamuk • mudah marah apabila cakapnya dilawan • sangat cemburu • daya pemerhatian yg tajam & teliti • cepat berfikir • fikiran yg berdikari • suka memimpin & dipimpin • sifat suka berangan • berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat • sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk • cepat apabila ditimpa penyakit • belajar utk relax • sikap kelam kabut • romantik ,pengasih,penyayang • suka mencari kawan

SEPTEMBER
• sangat bersopan santun & bertolak ansur • sangat cermat,teliti & teratur • suka menegur kesilapan org lain & mengkritik • pendiam tapi pandai bercakap • sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati • sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur • kerja yg dilakukansangat sempurna • sangat sensitif ygtidak diketahui • org yg banyak berfikir • daya pentaakulan yg baik • otak bijak & mudah belajar • suka mencari maklumat • kawal diri dari terlalu mengkritik • pandai mendorong diri sendiri • mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia • suka sukan,hiburan & melancong • kurang menunjukan perasaannya • terluka hatinya sangat lama disimpan • terlalu memilih pasangan • sukakan benda yg luas • bersistematik

OKTOBER
• suka sembang • suka org yg sayang padanya • suka ambil jln tengah • sangat menawan & sopan santun> • kecantikan luar & dalam • tidak pandai berbohong & berpura-pura • mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan • sentiasa berkawan • hatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lama • cepat marah • macam pentingkan diri sendiri • tidak menolong org kecuali diminta • suka melihatdari perspektifnya sendiri • tidak sukaterima pandangan orglain • emosi yg mudah terusik • suka berangan & pandaibercakap • emosi yg kelam kabut • daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) • suka melancong,bidang sastera & seni • pengasih ,penyayang & lemah lembut • romantik dlm percintaan • mudah terusik hati & cemburu • ambil berat tentang org lain • suka kegiatan luar • org yg adil • boros & mudah dipengaruhi persekitaran • mudah patah semangat

NOVEMBER
• banyak idea dalam perkara • sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya • berfikiran kehadapan • berfikiran unik dan bijak • penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa • pemikiran yg tajam • daya firasat yg sgt halus dan tinggi • bagus utk jadi doktor • cermat dan teliti • personality dinamik • sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra • berani, pemurah setia dan byk kesabaran • terlalu degil dan keras hati • apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya • tak suka marah kecuali digugat • mudah ambil berat terhadap orang lain • pandai muhasabah diri • cara berfikir lain dari org lain • otak yg sangat tajam • pandai mendorong diri sendiri • tidak hargai pujian • kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya • badan yg tough • kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam • romantik • tidak pasti dgn hubungan kasih sayang • suka duduk dirumah • sangat rajin dan berkemampuan tinggi • amanah, jujur setia dan pandai berahsia • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi • bercita-cita tinggi • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
• Sangat setia dan pemurah • Bersifat patriotik • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa • Bercita-cita tinggi • Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi • Seronok didampingi • Suka bercampur dgn org • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai • Sangat jujur amanah dan bertolak ansur • Tidak pandai berpura-pura • Cepat marah • Perangai yg berubah-ubah • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi • Benci pada kongkongan • Suka berlawak • Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Monday, September 29, 2008

SALAM LEBARAN..


Dapatkan Satu Di Sini - e-comment2u

di kesempatan ini ingin ku menyusun 10 jari memoh0n ampun dan maaf andai ada terkasar or menyinggung perasaan sape2 dgn sengaja mahupun tanpa sengaja..semoga syawal yang bakal tiba ini membawa 1000 keceriaan buat kita semua..

FASTBREAK WITH MY CLASSMATE(SIT 2A)

25 hb yang lalu,kiteowg telah berpakat nak berbuka puasa bersama2..sbb itu adalah hari terakhir kami berbuka puasa kat poli 2..dan misi pon bermula,pada asalnya ada beberapa org yang x pg di sebabkan masalah duit tp benda ni dapat diatasi krn ada sponsor yang ingin menambah skit collection kteowg,,thanks ayie(sponsor 2)..dengan 4 buah kereta & 5 buah motor,kami pon pg ke tempat yang telah di janjikan..pe2 pon korang mmg happening,,mmg bez sgt buka pose ngan korang..sem 4 nnti kite konvoi p teluk batik plak na...

TUK TATAPAN KORANG:-

  sblm bertolak,pose dulu...


  driver kteowg,atin n pika shengal...hahak..


 bergambar lg sementara tunggu botak n sob beli kuih..


      kekenyangan...


  orang kuat..sob n botak

bergambar kat dataran tunggak 10,sg.besar...





cerita dalam bulan puasa....

actually aku ada 2 cerita sepanjang bulan puasa ni...sepanjang bulan puasa ni aku banyak menghabiskan masa kat poli,maklumlah dgn assigment & masa yg x mengizinkan aku untuk balik ke rumah..

1.MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAN


pada 16 september bersamaan 16 ramadhan,majlis penutupan bulan kemerdekaan telah melabukan tirainye dimulakan dgu bacaan al-quran,pertunjukkan video sepanjang bulan kemerdekaan dan diakhiri ngan majlis penutupan yang di sempurnakan oleh DR ARSHAD BIN KASSIM..hari 2 gak kteorg dapat makan free,,save budget..

2.PROGRAM KACAU DODOL


ni adalah kali pertama poli aku mengadakan program mengacau dodol ni,sebelum ni juz mengacau bubur lambuk jew..hehe...dapat gak la aku merasa dodol yang dyorg kacau ni walaupon aku x sempat nak follow dyorg kacau dodol..antara mereka yang terlibat ialah pelajar2,warden dan beberapa org kampung(jemputan)..









sambutan kemerdekaan kat PSIS..





pada 31 ogos yang lepas,poli aku telah mengadakan sambutan kemerdekaan peringkat politeknik,antara hiburan yg disajikan ialah sketsa,bacaan sajak n nyanyian dari lecture jabatan JKE..dan diakhiri dgn kol 12 mid night iaitu detik2 yang ditunggu.. untuk laungan MERDEKA!!!! alhamdulillah,aku sbg rakyat malaysia sangat bersyukur kerana sudah 51 tahun kite bebas dari jajahan..

Wednesday, August 13, 2008

sebulan sudah berlalu..

4.04 am..

sebulan dah aku melalui kehidupan sbg pelajar sem 2 kat poli 2..melangkah je aku ke poli 2,aku dah menanamkan semangat dan azam baru,aku akan lupe semua kenangan yang lepas2..sekarang aku juz tumpu tuk stdy jew..btw,banyak gak pengalaman baru yang aku pelajari,ada gak lecture baru mengajar class aku,wat masa ni smua ok lg la..cume aku riso add mate je la..pe2 pon class aku still meriah mcm dulu..2 yang wat kan aku x prnah jemu nak p class..thanks to all my classmate..

Wednesday, July 9, 2008



3.35 AM

esok dah nak balik poli dah.sekejap btol cuti nie rasanye..ye la,owg lain cuti 2 bulan tp dak2 poli cam aku cuti sebulan ja..dok umah ni pon boring gak,aku x tau nak wat ape,makan tido je kejenye..huhu =( pas ni bermula la kehidupan aku sbg student balik..sem 2 ni ag mencabar,banyak benda baru yang aku akan pelajari..mudah2 an allah memberkati diri ku yang sedang menuntut ilmu dan fisabillillah..amin..

Tuesday, July 8, 2008

~keistimewaan wanita~

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

politeknik sultan idris shah



Ni la tempat pengajian aku sekarang,Politeknik Sultan Idris Shah yang terletak di Sabak Bernam berhampiran persisiran pantai selat..dahulunya dikenali sbg Politeknik Sabak bernam yang mula beroperasi pada 16 mei 2003 tym ni aku form 2..erm..pe yg menarik kat PSIS ni ek??x de la pe2 yg menarik sgt..biasa je ngan poli kat tempat lain.poli aku ni terletak di hujung dunia..mmg menangis r kalo x de transport..nak kuar 2 punye la payah,,tp bagus gak susah nak kuar,x de la wet aku habis bershopping je..masa mula2 dtg 2..terpikir gk aku bole ke aku hidup kat ceruk dunia ni??erm,,setelah 6 bulan aku melalui kehidupan di sana,alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan disana..insyallah,,aku akan menghabiskan pengajian aku 1 tahun setengah lg..

Friday, July 4, 2008

sixth sense~tanpa~


MusicPlaylist




Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi


Chorus :

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Ulang 2x

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Ulang 2x


Aku jumpe lagu ni kat myspace mmbr aku,first tym dgr,mmg kena ngan jiwa aku..aku pon pasang r 2,3 kali..mmg sebati ngan jiwa aku..kat cni aku postkan lagu n lirik nye skali..layan......

Wednesday, July 2, 2008

CINTA DALAM HATI-UNGU

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Tuesday, July 1, 2008

minggu MSK..





walaupon minggu suai kenal(MSK) ni dah 6 bulan berlalu,tapi rasanya mcm baru semalam aku datang menimba ilmu di poli 2 dan melalui MSK 2..alih2 skrg dah nak masuk sem 2 dh..huh! mmg seksa gle time minggu 2..sabar je la,kol 5 dh kejut suh bangun pas2 berkumpul,dengar dyorang membebel dekat 1 jam..mcm2 lagi la..kena dera,tido kol 1..pe2 pon ni semua pengalaman untuk kiteorg terus kuat melalui kehidupan di politeknik ni..alhamdulillah,setelah 1 sem berada di sana aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di sana..maklumlah ulu la katakan...

perihal roomate2 ku..sem 1..



ini la antara muka2 terawal yang aku kenal..sapa lg..roomate2 aku la..atas dari kiri 2 nad,rara n waty,yg duduk dr kiri nonet,aku n ina..sebelum mendaftar 2 cuak ar jugak,camne la perangai,ragam n rupa roomate2 aku ni,,first time aku masuk dalam bilik semua malu2,,tunduk je kepala 2..wat hal masing2..hahaha..bila dah beberapa jam bersama baru r tau yang depa ni peramah n hingaq semuanya..masing2 1 kepala...aku paling rapat ngan nonet la,sampai ada owg tegur kiteowg cam kembar..haha..cam kembar kew???nad plak mmbr yg paling aku suke,dy sanggup berkorban untuk kawan2 dy,,sampai dy sanggup turun sg besar nak belikan aku mangga..thanks nad,,aku x kan lupe jasa ko 2..waty plak cam kakak aku,huhu..dy mmg rajin sgt melayan kiteowg..masak kan meggi,watkan air,suapkan nasi mcm2 la..rara??mmbr aku yg sangat x pernah berkira,walaupon nampak dy ni cam sombong tp leh tahan jugak gile2 dy 2...ina plak aku anggap cam kakak,sbb dy ngan rara sebaya 20 tahun..dalam bilik 2 aku la yang paling bongsu,sebab 2 la aku agak manja n ngada2 skit...haha..=)