About Me

My photo
klang..
LOW PROFILE :)

Followers

tabung belanja sekolah..click plzz...

Wednesday, July 9, 2008



3.35 AM

esok dah nak balik poli dah.sekejap btol cuti nie rasanye..ye la,owg lain cuti 2 bulan tp dak2 poli cam aku cuti sebulan ja..dok umah ni pon boring gak,aku x tau nak wat ape,makan tido je kejenye..huhu =( pas ni bermula la kehidupan aku sbg student balik..sem 2 ni ag mencabar,banyak benda baru yang aku akan pelajari..mudah2 an allah memberkati diri ku yang sedang menuntut ilmu dan fisabillillah..amin..

Tuesday, July 8, 2008

~keistimewaan wanita~

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

politeknik sultan idris shah



Ni la tempat pengajian aku sekarang,Politeknik Sultan Idris Shah yang terletak di Sabak Bernam berhampiran persisiran pantai selat..dahulunya dikenali sbg Politeknik Sabak bernam yang mula beroperasi pada 16 mei 2003 tym ni aku form 2..erm..pe yg menarik kat PSIS ni ek??x de la pe2 yg menarik sgt..biasa je ngan poli kat tempat lain.poli aku ni terletak di hujung dunia..mmg menangis r kalo x de transport..nak kuar 2 punye la payah,,tp bagus gak susah nak kuar,x de la wet aku habis bershopping je..masa mula2 dtg 2..terpikir gk aku bole ke aku hidup kat ceruk dunia ni??erm,,setelah 6 bulan aku melalui kehidupan di sana,alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan disana..insyallah,,aku akan menghabiskan pengajian aku 1 tahun setengah lg..

Friday, July 4, 2008

sixth sense~tanpa~


MusicPlaylist




Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi


Chorus :

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Ulang 2x

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Ulang 2x


Aku jumpe lagu ni kat myspace mmbr aku,first tym dgr,mmg kena ngan jiwa aku..aku pon pasang r 2,3 kali..mmg sebati ngan jiwa aku..kat cni aku postkan lagu n lirik nye skali..layan......

Wednesday, July 2, 2008

CINTA DALAM HATI-UNGU

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Tuesday, July 1, 2008

minggu MSK..





walaupon minggu suai kenal(MSK) ni dah 6 bulan berlalu,tapi rasanya mcm baru semalam aku datang menimba ilmu di poli 2 dan melalui MSK 2..alih2 skrg dah nak masuk sem 2 dh..huh! mmg seksa gle time minggu 2..sabar je la,kol 5 dh kejut suh bangun pas2 berkumpul,dengar dyorang membebel dekat 1 jam..mcm2 lagi la..kena dera,tido kol 1..pe2 pon ni semua pengalaman untuk kiteorg terus kuat melalui kehidupan di politeknik ni..alhamdulillah,setelah 1 sem berada di sana aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di sana..maklumlah ulu la katakan...

perihal roomate2 ku..sem 1..



ini la antara muka2 terawal yang aku kenal..sapa lg..roomate2 aku la..atas dari kiri 2 nad,rara n waty,yg duduk dr kiri nonet,aku n ina..sebelum mendaftar 2 cuak ar jugak,camne la perangai,ragam n rupa roomate2 aku ni,,first time aku masuk dalam bilik semua malu2,,tunduk je kepala 2..wat hal masing2..hahaha..bila dah beberapa jam bersama baru r tau yang depa ni peramah n hingaq semuanya..masing2 1 kepala...aku paling rapat ngan nonet la,sampai ada owg tegur kiteowg cam kembar..haha..cam kembar kew???nad plak mmbr yg paling aku suke,dy sanggup berkorban untuk kawan2 dy,,sampai dy sanggup turun sg besar nak belikan aku mangga..thanks nad,,aku x kan lupe jasa ko 2..waty plak cam kakak aku,huhu..dy mmg rajin sgt melayan kiteowg..masak kan meggi,watkan air,suapkan nasi mcm2 la..rara??mmbr aku yg sangat x pernah berkira,walaupon nampak dy ni cam sombong tp leh tahan jugak gile2 dy 2...ina plak aku anggap cam kakak,sbb dy ngan rara sebaya 20 tahun..dalam bilik 2 aku la yang paling bongsu,sebab 2 la aku agak manja n ngada2 skit...haha..=)