About Me

My photo
klang..
LOW PROFILE :)

Followers

tabung belanja sekolah..click plzz...

Sunday, January 25, 2009

~memori tercipta~




Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

nonet:rindu weyh nak sembang2 n gosip2 ngn ko..
nad:ble nak g jejalan naik kete ko lg ni??
waty:rindu nak suh ko masak kan megi n wat air milo pas2 suapkan aku..
rara:thanks 4 everything's..

ape2 pon..aku rindu gle2 nak lepak kat kafe sesame n sembang n mam same2 dlm bilik..sambut bufday,,smua 2 aku x lupe weyh..2 semua memori yg x kan aku lupe...

Saturday, January 17, 2009

bapak besh giler 2 ari cuti..

dah seminggu LI aku berlalu,ini bermakne ada 19 minggu ag..pergh!bapak lame glew..ikut kudrat aku ni dh x snggup dh..aku terpakse ni weyh,,smata2 nak abis kan stdy aku...wargh!

Wednesday, January 14, 2009

hari ke 3 aku LI..

actually,mmg x bez pon tmpat LI aku..adoi..aku rasa cam nak tukar je tmpat LI..aku pon x tau camne aku leh LI kat tmpat camni..sangat membosankan,dh la senyap sunyi jew..x reti aku..tym2 camni aku sgt merindukan keriuhan class aku SIT2A.aku kuatkan semangat nak p LI ni pon sbb aku nak abskan sem ni same ngn dyorg,kalo ikut hati,,aku nak repeat je LI ni..baru 3 hari aku dah x sanggup,aku ada 104 ari lg nak dok kat cni..tp nak wat camne kan?kejayaan semanis madu mmg memerlukan pengorbanan sepahit hempedu..kata2 hariz pon masih kuat dlm ingatan aku..n insyallah berbekalkan semangat aku dan dorongan kwn2 aku,,aku harap aku dapat bertahan la selama 6 bulan ni..first keje aku hari ni,aku d suruh buat cover majalah,2 x kisah la sgt..tp aku x reti la wat keje dlm keadaan sunyi camni..kan aku dh biasa riuh rendah,btw,aku x wat lg pon cover 2..
sbb aku x install lg adobe2 2..jap ag aku siapkan la..
nak kne amk mud,sesuaikan ngn keadaan ag,,smua amk masa 2...k la,nnti aku sambung balik cite ni..da...S

dah 2 ari aku menjalani praktikal..

alhamdulillah hari pertama dan kedua aku di tempat praktikal berjalan ngan lancar,wlupon pada hari pertama aku agak x dpt sesuaikan diri ngan keadaan disana.maklumlah TNB,bkn tempat sebarangan,banyak gak peraturan yang kene d patuhi..aku pon agak cuak gak tgk bangunan yg besar2 berasap2 plak 2..tiang2 elektrik..huh! berdebar2 jantung aku..pada first n second day x de keje lg yg diberikan,juz dgr taklimat n taklimat..sok baru aku start keje,tempat pon aku x tau d mana letaknye.mcm ne nak start..huhu~..rasanye 2 je la yg aku nak cite tuk 2 aruini.berdebar2 n excited plak nak mulekan hari sok...
wassalam..

Sunday, January 11, 2009

besok aku start LI (praktikal)

dah 2 sem berlalu,sok masuk la sem 3,kira lg 1 sem la aku nak menghabiskan pengajian aku ni..huh~sekejap je masa berlalu kn?mcm2 perasan yg ada sekarang ni seronok sbb nak timbe pengalaman bekerja,maklumlah selama ni aku x pernah bekerja kn.cuak pon ada gk,risau,gerun..pe2 aku harap selama 6 bulan ni semua dpt berjalan ngan lancar..

kpd semua dak class aku SIT 3A n semua student PSIS yang menjalani LI,selamat menjalani LI,,wat LI 2 leklok k..

Wednesday, January 7, 2009

result dh kuar!!

alhamdulillah,setelah aku berhempas pulas tuk sem 2 ni akhirnye aku dpt setimpal ngn ape yg aku usahakan..padahal sem 2 ni banyak main dr sem 1..stdy x yah citer la asyik stdy last minute jew..mybe ni semua rezeki kot..finally dpt gak la aku merasa akj(anugerah ketua jabatan)..usaha smua ni bukan aku sorang jew..tp semua berkat classmate aku expecially nina,nurul,pika,ira,mawar,bayah,mira,shikin,botak,sob,aiman,nawi ramai ag la x larat aku nak senaraikan..pendorong semangat aku mak ayah aku..n mbr yg sentiasa bg aku kata2 semangat,hariz n nonet..thanks a lot,,tanpa kalian x tau camne nak hidup akt bumi psis 2..to all my fwen yg dpt akj 2..tahniah,,cube kekal kan sampai sem 4 nnti...insyallah kalo ada rezeki 1 class dpt akj sem 4 nnti..

Monday, January 5, 2009

~sEinDah HiaSan AdaLaH wAniTa soLehAh~




Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli
dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,

biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang
iman lelaki.

Sunday, January 4, 2009

Saturday, January 3, 2009

~my lovely bestfriend~




alhamdulillah..14 january ni genap setahun usia perkenalan kami..selama 1 tahun ni jugak banyak suka dan duka yang kami lalui sbg sahabat.
to nonet,thanks 4 everythings..thanks sbb ko sabar ngan kerenah aku..disaat aku ngah huru hara pasal si "SHENGAL" tu,ko sorang je yg memahami aku waktu 2..aku x kan lupe kan smua kenangan kite dr sem 1 until sem 2..aku x kan jmpe org cam ko lg sem 4 nnti..aku x tau la aku nak cari sape if aku de masalah nnti,nampak gayanye sem 4 nnti aku kne berdikari la..sowi la ek,kalo sem ni aku x luangkan banyak masa ngan ko,ko pon phm kan sem ni aku sgt sibuk,lebih2 lg dh x same bilik ngan ko,mmg x leh asyik nak berkepit cam sem 1 dlu,thanks gak sbb wlu pe pon terjadi ko msih menyokong aku.skrg tngl kite berempat je yg masih meneruskan sautot geng..haha..kalo aku ada mara2 ke sgt2 sory k..2 smua aku terlepas 2,x de pe2 makne pon,finally,janji atu pe pon yg terjadi kite x kan putus kwn k...SAYANG KO SESGT TAU!!!

SEPI!!!!!

sedang aku asyik memikirkan,ape la yang aku nak tulis dlm blog ni,tetiba lagu sepi nyanyian yuni sahara pon berkumandang,lalu aku pon teringat masa kami menonton cerita ni selepas penat meneelaah pelajaran..tgk kat bilik jew beramai2..mmg besh gler la citer ni, graphic dy cantik walaupon nampak sgt x real..ni antara bait2 yg besh..

Bisikku pada bulan…

Kembalikan…

Temanku…

Kekasihku..

Syurgaku…

Tanpa dia, malam menemanku…

Sepi memelukku...

Bulan jangan biar siang…

Biar alam ini kelam…

Biar ia sepi…

Sepertiku…

lagi lagi tag..

1) bekas kekasih saya adalah
si sautot

2) saya sedang mendengar bunyi
hp sy memekak..

3) mungkin saya patut
hangout ngn kwn2

4) saya suka belajar
bab perkahwinan dlm subjek agama islam sem 2

5) sahabat baik saya
x terkira~

6) saya tak paham
kenapa ape yg sy suka org lain pon suke gk..

7) saya kehilangan
dia! dicuri oleh seseorang~ (pulangkan balik!!!!)

8) ramai yg berkata
aku bising cam nenekl! aku pedulik ape..yg penting dorang sayang aku! hak hak hak

9) makna nama saya ialah
sila rujuk kamus nama2 dalam islam.

10) cinta tu adalah....
cinta itu boleh diumpamakan mcm mkn sambal belacan,walau pedas hingga mengalir air mata ia tetap dimakan jua....

11) di suatu tempat
bilik kat ostel aku,huru hara..

12) saya akan cuba
menjawab soklan2 mengarut ni sebaek mungkin

13) makna SELAMANYA ialah
cari sndiri la dlm kamus dewan,2 pon nak tanye aku ke?

14) henpon saya...
motorola jname pe tah!

15) saya paling meluat
orang yg mengade2!

16) bila saya bangun dr tidur
saya mengucap "syukur..." aku masih hidup

17) party adalah
aku tak pernah join party!so aku ta tau..

18) haiwan yg paling cute
monyet

19) peringkat umo yg paling menyeronokkn
jd isteri org dan ibu kpd anak2 yg comel

20) hari ini saya rasa sgt tension sbb
ada org yang telah menensionkan pale otak aku

21) mlm ini saya akan cuba
mengupdate blog sy

22) saya btl2 inginkan
mak n ayah sentiasa ada ngn sy..boleh tak??? huhu...

23) bila tgk muka kt cermin pg td
ala...comotnye muka tym bangun tido..

24) shopping kompleks adalah
bli yang perlu jew..

25) makanan segera biasanya
aku mkn tym tengah kaya...

26) ayat2 terakhir kata pd org...
aku syg org yg syg aku!!!!

27) nk pnjgkn tag ni?
x pyh!....

Friday, January 2, 2009

cinta tak seharusnya memiliki...

cinta memang tak harus memiliki dan maskipun wujud orang yang kita cintai itu tidak ada dalam hari-hari kita tapi apa salahnya kita slalu mencintainya walau sebatas perasaan yang kita rasakan,berikan selalu cintamu lewat doa-doamu untuk kebahagiaan orang yang kamu cintai itu ,semoga tuhan selalu memberikan kasih sayang yang lebih dari apa yang telah kamu berikan kepada orang yang kamu cintai itu.

"melupakannya adalah kemustahilan
memilikinya adalah sekedar angan"


cinta adalah suatu keindahan, setiap orang pasti memiliki rasa cinta. Memang cinta sejati adalah cinta yang bila kita tidak mendapatkan rasanya tapi kita memberikan kebahagiaan kepada org yang dicintai oleh kita walau pun kita tidak bisa nemiliki diri nya sepenuhnya.

walaupon orang yang kita cintai itu x pernah tau yang kita mencintai dirinya tetapi ingatlah bahawa allah lebih mengetahui apa yang kita rasakan and jika tiada jodoh ngn org i2 teruskan la mendoakan dirinya kerana cinta i2 x seharusnya memiliki,ttpi cukuplah kite melihat dy bahagia.. =)

Thursday, January 1, 2009

lelaki yang baik untuk wanita yang baik ;)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah,fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua."

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." Bagaimanapun,fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu,rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."

Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya. Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu? Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.

Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

Ekoran fitnah itu,ada umat Islam yang mempercayainya.Sedangkan yang sebenarnya,Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya.Disebabkan peristiwa itulah,Allah s.w.t. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud: "Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman." Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud: "Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik. Sebaliknya ia telah menjadi umum.

Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.

Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu, Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.Ini adalah dakwah. Dalam Islam,kalau seseorang tu telah bertaubat,kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.Kalau tidak,berdosa.Sebab dalam Islam,orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita.Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga.Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan,penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui." ( Ali Imran : 135 ) "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )

p/s:usahlah kita risau jikalau tidak mendapat jodoh lagi kerana allah telah menjanjikan yang terbaik untuk setiap umatnya."LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK..LELAKI YANG JAHAT UNTUK PEREMPUAN YANG JAHAT.."

ahlan wasahlan 2009..good bye 2008

gudbye 2008...have many sweet memories in that year..never 4get it..hope 2009 will hav many more sweet memories...yaa!! semoga dgn tahun baru ini akn membawa kebahagiaan dlm hidupku..setelah aku menempuhi segala kepahitan dan kemanisan dalam tahun 2008..amin..

shopping at masjid jamek b4 new year..

td 31 dis 2008.aku bersama mak n adik ku pergi shopping kat masjid jamek..besh2! tp penat la..x banyak pon barang yang aku beli sbb wet pon x masyuk ag..juz temankan adk aku yg beria2 nak shopping sbb bru dapat gaji..sok aku upload barang yg aku bli k...HAPPY NEW YEAR...