About Me

My photo
klang..
LOW PROFILE :)

Followers

tabung belanja sekolah..click plzz...

Wednesday, March 30, 2011

saya rasa saya sgt bahagia sekarang,,kenapa eh?

1)aku dah baik ngn gff aku,sgt tidak terkata perasaan tu..
2)ada DIA kot??
3)dah nak abs sem 4,so tinggal ag setahun nak abskan diploma ni,,lama ag la weyh..
4)ada askar2 yang terhebat..
5)ada geng wakakaka yang sengal plus ngek ngok,bila bersama x pk pe2 prob kot,,ada je plan terbaik,,minggu ni nak karok mane ha? plan p mekdi jg kan,,ahaks!
6)badan pon dah semakin naik,x de dah,konon2 kurus sbb ptus cinta,,bullshit..
7)ada anak2 buah yg shomel2,,,rindunye kat ika..
8)ada mak ayah yg sgt hebat dan terbaik,wargh!! rindu nak gado ngn mak,nak gado ngn ayah,,

ta tau la nak ckp ngn kata2,manyak bende yang wat aku gembira sejak2 ni,,tp ta nak la terlalu happy sgt kan,sbb kdg2 tu ALLAH leh sentap ngn sekelip mata jew,,pe2 pon,ucaplah ALHAMDULILLAH,syukur kita kpda ALLAH..

cantik itu subjective :)


Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


artikal ni diambil di http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1886-jenis-cantik.html