About Me

My photo
klang..
LOW PROFILE :)

Followers

tabung belanja sekolah..click plzz...

Thursday, July 12, 2012

dari puan aida :)

Ceritakan kepada mereka akan kisah cinta yang sebenarnya,
yang diisi dengan air mata dan kesukaran kala hendak mencapai ke gerbangnya,
yang manisnya hanya terasa kala melepasinya,
dan akan datang lagi kesukaran demi kesukaran selepasnya.

Ceritakan kepada mereka,
betapa ia tidak semudah yang dikata,
kata mahu membina ummah,
kata mahu menembus syurga,
maka mustahil dijemput sang bidadari,
digapai sang bidadara,
dengan lenggang kangkung semata.

Ceritakan kepada mereka,
akan kisah cinta yang agung,
bukan dibalut istikharah kosong,
tetapi disertai istisyarah ulung,
perjalanan panjang dan kembara,
ilmu dan pengalaman berpadu tenaga,
spiritual dan material bergabung jasa,
keluar dari celahan semua itu satu makhluk bernama bahagia.

Sukar?
Ya sukar.
Tetapi kata mahu menembus syurga.
Tidaklah ia dibentangi permaidani merah,
melainkan duri-duri nan terpacak.

Maka jika benar cinta,
maka mestilah hendak membawa ke syurgaNya,
sesiapa yang membawa ke neraka,
mustahil layak menyebutkan cinta yang sebenarnya

copy paste dari PUAN NURUL AIDA :)