aku x reti nak bernukilan2 nak bersweet bagai sebenarnya.. aku merapu reti la.. saja nak remind and rewind segala suka duka dalam persahabatan.. entry ni khas utk pika memandangkan dia akan jadi isteri org next week *excited*
sapika,tahun 2008, awal2 sem memang kita tak rapat and tak kenal langsung pon even kita 1 class.. ko kan budak hot.. aku x hot..aku nerd2 je masa sem 1 dulu.. so mcm segan sikit la nak join dengan budak2 hot kan.. masa sem 1 jugak..aku mmg tak rapat dengan mana2 budak class sbb aku rapat dengan budak2 roomate aku..abis class je terus lari balik bilik..so mmg x de masa nak ngam sgt dengan budak class.. gittewww~
sampai la kita masuk sem 2.. time ni aku dah mula2 geng ngn geng2 hot..sbb perasan diri yang tetiba hot.. kan daripada budak nerd pakai spek trus jd mcm perempuan melayu terakhir *pitam* dah mula2 geng ngn ko sbb aku dah start2 kawan dengan nurul and nina..selalu lepak tidur kat bilik depa, sbb rumate sem 2 aku bermasalah.. sampai aku terus menjadi penghuni tetap bilik nurul and nina tu..
kau engat x? sini tempat kita selalu membuta..tempat yang kita siapkan kerja..semua kat surau ni..org lain p surau semayang oiii..tapi kita dok sebok melepak2.. sebab kalau nak balik hostel..bapak lecak la ketiak kalau nak menapak.. kau kan budak pandai dalam class,so apa2 assigment,apa2 kuiz,apa2 kerja rumah mesti nak kena tiru..kalau ko x siap..alamat kami semua x siap la.. ko kan 4flat tiap2 sem..
masuk sem 4, baru la rapat .. sebab kita suka sangat amik gambar..pantang org sua kamera..asik nak pose jer.. aku tatau nak citer apa pada zaman belajar.sbb bagi aku semua kenangan yg terindah yang aku sendiri x boleh nak ungkap..
pas2 masa dah habis belajar kat PSIS..masing2 apply nak sambung diploma.. tapi ko dlu yang dapat sambung dekat poli penang.. aku terpaksa la menunggu panggilan utk next sem.. time aku jeles giler dengan dak2 yang dh dpt sambung diploma dlu.. kita selalu berangan kalau dapat poli sama bestnye.. kalau aku dpt poli sama ko..bole la aku rembat semua assigment and projek kat ko..
masa aku dapat sambung diploma tu aku nangis tau! aku tatau aku nangis sbb aku berharap dapat poli penang tp tetiba dapat poli ipoh.. atau aku nangis kegembiraan sbb yeah!! i need to move on!!
yela time aku dapat poli ipoh tu,mmber yg aku rapat botak jer.. lelaki plak..so mcm susah skit la.. kalau dapat poli penang kan senang ada ko.. bole la ko uruskan semua nya..haha!
mesti ko x pernah lupa tragedi yang melanda 'persahabatan' kita kan.. 2 tahun jugak kita x bertegur sapa hanya sbb sikap ketidaksabaran aku.. aku nak ko tau qa.. yang sebenarnya aku langsung x de niat nak block ko nak block mira nak block nurul dalam facebook.. time tu mmg aku panas hati sgt tgok ko gedik2 komen dgn an.. ye..aku tau mmg time tu aku ngn an dah x de ape2.. so mmg lgsg x de motif aku nak marah,nak jeles semua tu.. and padahal time tu ko pon dah dgn loq kan..
time tu mmg aku berperang dengan perasaan sendiri, aku bawak diri sambung diploma sbb nak melupakan an tapi aku tgok ko elok je kwn dgn an..mcm ko x support aku.. patutnye ko support aku.. aku x nak kwn2 aku kwn dgn ex aku..bia dia sorang2..*childish skit*
aku mengaku,mmg salah aku..aku syg ko..tp time tu,mcm2 yang aku rasa.. so aku mmg x leh nak kawal diri.. mana dgn nak move on..mana dgn nak sesuaikan kehidupan kat ipoh,mana dgn nak study.. mana dgn nak sesuaikan diri dgn kwn2.. yang kwn2 tu mmg tak sama dengan kwn2 di PSIS :'(
dan disebabkan kejadian tu jugak.ukhuwah persahabatan kita makin baik..dari dulu mula2 x kenal, tak rapat langsung terus jadi bff yang boleh kongsi semua suka duka.. yang sanggup susah senang sama2.. aku x pernah terpikir lepas peristiwa tu kita akan sebaik ini.. dan bila pikir2 balik,allah dah aturkan segala pertemuan dan perpisahan kita kan? dan aku percaya,apa yg berlaku dulu adalah untuk kebahagiaan sekarang..
next week,time2 cmni mesti ko dah sah jadi isteri loqman.. aku harap time tu aku x nangis sebab pasni aku kena berkongsi ko dengan loq..haha! time majlis pertunangan ko ni la, pertama kali kita jumpa balik lepas 2 tahun x bertegur sapa kan? jumpa secara personal..bukan mcm reunion tu.. sebenarnya time2 ni pon aku segan ngn ko qa.. haha!
untuk sahabat yg aku syg sgt2..
terima kasih utk pengalaman hidup yg terindah, terima kasih sbb sudi menerima balik diri aku yang banyak kesilapan dan kekhilafan.. terima kasih sbb sentiasa beri pendapat dan semangat di kala aku ngah down.. terima kasih sbb sentiasa mendengar cerita merapu aku yang ntah zaman2 bila punya cerita ntah.. terima kasih utk semuanya..gumawo..
selamat pengantin baru in advance sapika.. semoga perkahwinan yang dibina mekar hingga ke jannah..
aku happy tgok kawan2 aku happy, aku happy utk ko kerana ko dah jumpa teman hidup yang boleh jaga ko hingga ke akhir hayat..Jadilah isteri mithali yang taat pada suami dan ibu yang solehah pada anak2.. aku sentiasa kirimkan doa buat ko.. walaupon status single dah bertukar tapi status persahabatan tidak akan bertukar sampai bila2.. terima kasih kerana menjadi sahabat,kawan,musuh, teman gado,kaki ngumpat,kaki merapu,kaki mengonjeng dan yang sewaktu dengan nya..
kbai!
No comments:
Post a Comment